Thursday, May 10, 2012

Sahabat Pahit Manis


Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


Boleh tak nak request macam drama 3 janji SAHABAT,KEKASIH & SUAMI... :)

Double "B"


Bila terlalu lama kita tinggalkan sesuatu makanya memang agak janggal untuk kita mulakan semula. Detik dan ketika ini, itu yang berlaku bila jari dan otak penat lelah bekerjasama membanting tenaga memfikirkan apa mahu dicoretkan di laman yang agak lama juge tidak di siram dan dibaja..

Sebab berukband dah aktif jadi adelah juga masa I nak taip sepatah dua kata sebelum menerjah alam mimpi. Entah malam nieh terasa berat sangat kepala memikirkan pelbagai beban yang sarat berkilo-kilo atas bahu yang tidak seberapa kuat dan kukuh. Kadangkala bibir mengukir senyuman yang diri sendiri tertanya-tanya “Masih mampu tersenyum jugak cik bibir walau kepenatan sudah berada di tahap maksima?”.Tapi tidak mengapa, mungkin ada ketikanya kita ini sudah dilahirkan untuk tidak terlalu mengeluh tentang penat yang terasa, sakit yang menyengat walaupun ada ketikanya kita kelihatannya agak suka mengomel dan bertanya mengapa terjadi begitu dan begini.

Terfikir juga detik dan ketika ini bagaimana caranya mahu menerima hakikat bahawa “Apa yang bisa kita lakukan tidak akan bisa dibalas sama kiraannya dengan apa yang telah diberikan” Ini memang sedang menutup angan-angan dan cuba menerima kenyataan bahawa gambaran yang dipetik dari camera kehidupan adalah benar dan tidak mahu menipu si pemilik yang perlahan-lahan sedang sedar untuk tidak terlalu berharap kerana apa pon yang bernamanya manusia pasti mempunyai 2 jenis spesies “B” yeahhh..mari sorakkan “Baik” dan “Buruk” untuk menyerap aura kesedaran.



Sabar dalam kehidupan, itu senjata kita.


Saturday, March 17, 2012

We Are No 2


Uhuuuu...ok We ARE No 2.

Alhamdulilllah and syukur to Allah..Hope We will smile together sad together happy together and everything together with love :)


Ya Allah maka sempurnakanlah untuk kami nikmatMu, kesejahteraanMu & lindunganMu di dunia  & akhirat

Sunday, January 29, 2012

Hello 24 Good Bye 23

Menanti detik jam menonton Anugerah Juara Lagu sempatlah mengupdate blog sekaligus menjawab persoalan rakan-rakan blogger yang dok tanye bila nak update blog..aiyoo sorry ya ampun..buzy yang amat lately nieh projek pown udah mau start so memang jadual full dengan preparation nak lancarkan perang..chewaaahhhh.

          Dok tengok love streaming karpet biru orang dok tanya sapa menang AJL and seriously tatau nape boleh suke lagu Wanita Seluruh Dunia..ahahahaha..maybe lyric yang puji wanita sangat kot. Ok stop talking abaout AJL..tengok title entry dah tawu umor dah betambah 1 angka lagi..memang tahun 2012 bersamaan 24 tahun umur si Nurul Wahida Mohd Idris nie..di tarikh 16.01.12. so Hello 24 good bye 23...

           Tak banyak resolution just i wish everything go clear and smooth with the right flow..and syukur Alhamdullillah..banyak jugak yang dah dicapai dalam usia 24 tahun ini. Perjalanan hidup yang dimudahkan oleh Maha Pencipta, bersyukur once again dengan Kerjaya kini,yang semuanya untuk pengalaman..memiliki kenderaan sendiri hasil titik peluh sendiri..yeahh itu impian sedari kecil dan di usia ini sudah milikinya..cuma mahu terus berdoa semoga Allah menetapkan jodoh dengan pemilik hati yang benar-benar boleh mengukir nama ini selamanya sebagai bintang hati dihatinya..semoga diusia yang seterusnya jika panjang umur..mahukan kediaman sendiri dan kejayaan dalam setiap langkah yang dilakukan.Aminnnn.. c:

Yeahhh finally...Pavlova in my tummy..
waiting for 24 years..owh GOD
So many TQ Mr.S for really nice present..really love it!!
And also for this innocent turtle..Once again darlink TQ
My Dream..My Love Barney Boo..



Jangan putus asa ketika masalah tak henti menghampiri hidupmu ucapkan, “Dear problems, my God is Bigger than you!”

Monday, January 2, 2012

Ole-Ole Bali

Namanya nasi berlauk tak silap..serius sedap
Menu wajib try...Trio Bali
Air Avocado..yummy sangat
Yang nieh wastern..lupe namenye..hehe.
.tapi grill2x gituelah
Burger Special kat sinie..lain dari yg lain..
Kambing Bumbu...awesome gilaa
ehehe..ini si tukang makan yang sangat seronok
dengan menu makanannye..teheee c:
Owh jangan salah kefahaman anda dengan post title tue..i tak pergi Bali and takde cukop sen lagi nak jejak kaki ke Bali but insyaAllah akan di usahakan suatu hari nanti..honeymoon maybe kan..hoho..dah gatai nak kawen kan..ahaksss umor dah bakal mencecah 24 beberapa hari lagi memang sangatlah kan..hehehe

Actually this time nak share ngan korunk sume again pasal tempat makan yang best dan tempatnye itulah namenye ole-ole Bali. Seriously ini tempat yang anda semua harus pergi untuk rasa salah satu nikmat tekak yang tidak terhingga hebatnya..hiperbola kan ayat..tapi memang tak tipo..sedap gila semua makanan di sinie.. if I’m not mistaken..Ole-ole Bali nieh tak banyak tempat yang ada so if nak pergi silalah google dulu and yang I pergi nieh dekat Sunway Pyramid so yang dok area-area Petaling Jaya tue bolehlah terjah segera. Harganya pula setanding dengan hidanganlah..hehe

Tak percaya makanan kat Ole-ole Bali nieh hebat super duper yummylicious..ok meh nak share sekeping dua picca mase I menjamu rezeki di sana. Mari-Mari lihat dan sila fikir-fikirkan mahu ke sane pula tuan-tuan dan puan-puan ensome dan anggun sekalian

I believe mesti ade yang sedang mencongak nak ke sini so jangan tunggu-tunggu lagi yea..berangkat segera.


Selamat Tahun baru 2012 wahai warga dunia sekalian.